Lapan Ringgit Empat Puloh Sen
Esok harga sekotak rokok [20 batang] ialah lapan ringgit enam puloh sen. Bujet (betapa buruknya istilah ini) yang dibentang tadi petang (gambar bawah) sekali lagi menggunakan strategi yang pertama kali dipakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan tahun 90-an. Cukai ke atas rokok naik tiap-tiap tahun...

Jangan lupa, Anwar menaikkan tarif rokok ketika ekonomi negara sedang pesat berkembang. Lapan peratus perkembangan ekonomi Malaysia waktu itu seiring dengan, misalnya, China yang baru bangkit daripada kepungan sistem ekonomi tertutup. Aku kira, sekiranya dahulu Anwar menaikkan tarik rokok 50 peratus pun rakyat tidak akan merungut. Tetapi tadi... sama sekali bukan 'creative solution'.
Rata-rata srata kelas yang menghisap rokok ialah kelas bawah. Nelayan dan petani. Pekerja kilang dan pemandu teksi--cukai rokok dinaikkan ketika negara sedang mengalami defesit, ketika harga minyak [deisel dan petrol] baru sahaja melambong, ketika kerajaan akan menghapuskan subsidi kepada perubatan dan stor ubat (dispenseri) dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK8), ketika bulan depan adalah bulan puasa dan kemudian Idul Fitri dan Gong Xi Fa Chai, dan Hari Natal... wang siapakah yang sesungguhnya akan dikorek daripada cukai yang setinggi itu. Bukan wang Menteri atau kolongmerat besar, yang sesen pun keuntungan berjuta ringgit akan disentuh gomen.
Oleh itu, kata dasar dalam kenaikan harga rokok bukan "kesihatan" (baca: kepentingan rakyat teramai) tetapi ialah "Cukai," iaitu satu kaedah untuk "merompak" wang rakyat terbanyak dengan hujah kononnya untuk kesihatan rakyat. Tidak, PM sedang bercakap tentang wang; bukan tentang kesihatan... dan di Parlimen petang dia, dia berbohong. Munafik.
Aku perokok. Aku tahu, ramai Menteri dan Timbalan Menteri juga perokok. Tetapi aku juga mahu minta dikira, berapa ramai diktator di muka dunia ini yang tidak perokok. Setidak-tidaknya, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra adalah seorang perokok, dan dia jauh lebih demokratik berbanding Tun Dr Mahathir Mohammad. Hitler juga tidak merokok! Jadi, mungkin merokok tidak boleh sama sekali dijadikan tataukur untuk menjadi seorang pemimpin yang demokratik atau yang mencengkam. Tidak! Itu bukan ukurannya. Pada titik inilah, Anwar pernah salah baca--mungkin kerana ghairah untuk mengikuti jejak bekas ketuanya, Dr Mahathir yang tidak bau rokok pada mulutnya--tetapi 'berbau darah' dalam dasar-dasarnya.
Dosa-dosa munafik ini harus segera ditebus... dan PM Abdullah, mungkin hanya seorang pengikut yang buta, alias "taklid." Tiga belas peratus, atau lapan ringgit empat puloh sen adalah soal wang, bukan, ["kununnya"] soal moral.
Nota: Aku membayangkan semua perokok akan keluar ke jalan raya di Kuala Lumpur, dan aku membayangkan bagaimana para politikus itu akan 'menyembah' para perokok ini untuk kekal berkuasa!
8 Comments:
hahaha..aku dah agak akan ada kritik keras tentang rokok ni. tapi aku support Pak Lah untuk naik harga rokok..
come on para kreativator..ayuh fikir alternatif lain yang lebih baik..
Berbau 'darah' dalam dasar-dasarnya walau mulut tidak berbau rokok? faomar@yahoo.com
Nota: Aku mahu jalan di luar kota Jakarta sekekap menjelang 1 Ramadhan ini, berbuat amal dengan menziarahi tempat2 bersejarah atau apa2 sahaja tempat yang belum dijejak. Aku rasa doa orang bermusafir itu sentiasa diberkati Tuhan, bukankah begitu, Mi?
Yang support Pak lah naik harga rokok ni mesti tak isap rokok. Hahaha
Untuk apa berdoa di Jakarta. Formalistik doa, seperti tadah tangan, dan seperti merafak sembah, bukan tujuan doa. Ada format lain? Seperti asap rokok, entah naik ke langit entah tidak.
Tapi penting jugak kalau kita rasa sesuatu tempat tu 'istimewa' dan berdoa dengan cara-cara tertentu, agar lebih yakin yang doa bukan sekadar asap rokok.
Aku mahu bukan sahaja perokok yang turun ke jalanan,tetapi pelacur,penduduk setinggan dan yang tertindas.Biar suara mereka keras menjulang ke langit.Biar mereka tunjukkan ini bukan sebarang "doa".
lepas ni banyaklah org isap rokok gulung hehe...
-akhdan
Aku tulis di atas: Nota: Aku mahu jalan di luar kota Jakarta sekekap menjelang 1 Ramadhan ini, berbuat amal dengan menziarahi tempat2 bersejarah atau apa2 sahaja tempat yang belum dijejak. Aku rasa doa orang bermusafir itu sentiasa diberkati Tuhan, bukankah begitu, Mi?
Kau (si Anon.) tulis di bawahnya: Untuk apa berdoa di Jakarta. Formalistik doa, seperti tadah tangan, dan seperti merafak sembah, bukan tujuan doa. Ada format lain? Seperti asap rokok, entah naik ke langit entah tidak.
Tapi penting jugak kalau kita rasa sesuatu tempat tu 'istimewa' dan berdoa dengan cara-cara tertentu, agar lebih yakin yang doa bukan sekadar asap rokok.
Yang aku maksudkan: Aku nak berjalan2 sahaja, bukan nak berdoa atau nak beramal! Hehehe ... Selebihnya itu kata-kata berbunga untuk memberi makna yang tiada ertinya! faomar@yahoo.com
Buat apa turun ke jalan sekadar nak pi minum tepi jalan?
Demonstrasi dan protes perokok boleh dizahirkan dengan lebih jelas -- iaitu dengan membeli dan menghisap rokok banyak2 dan DENGAN ITU tolong memajukan ekonomi negara (cukai).
Jika kita mati, kita telah berkorban untuk bangsa dan negara, bukan? Protes kawan, jangan tak protes!
mmm... mi pegi mane yerr.. lama dah tak update...
Tinggal dua kali makan sahur. Selamat Hari Raya, Mi. Blog kau ni lambat update lah. boring gua bukak benda yg sama jak. moga syawal ni kau dilimpahi cahaya!!!
Post a Comment
<< Home