Thursday, June 15, 2006

Lembeng Awang

{ Orasi Jumaat Malam }

KAWAN-kawan sekampong dan kekasehku,

Salam,

LEBIH tiga belas tahun dulu, saya tinggalkan halaman ini. Masa itu; pekan-pekan seperti warna kuning senja dan sepia, dan hidup tidak diatur siapa pun. Tidak punya rasa takut kepada kekuasaan, melainkan rasa hormat kepada 'tradisi'. Aturan yang ada adalah "aturan yang natural," yang biasa-biasa sahaja; terbangun kerana kita hidup di dalamnya. Tentang balai raya, bangunan dan sekolah kayu dengan kawat mata punai; basah bila hujan; belum tiga tingkat seperti sekarang, dan bersukan petang-petang; main bola sepak, takraw, main galah panjang; yasin Jumaat malam, sabung ayam, baja sawit… saya ingat halaman kampung dengan semua itu. Tiga belas tahun dulu, dan lapan tahun Reformasi tercetus, saya balek ~ kalau “balek” adalah yang dituntut namanya.

Seseorang pernah berkata bahawa saya melupakan pekan Semerah, atau, Bas Station Batu Pahat, panggung wayang, sate tepi sungai, buah berangan depan supermarket ~ katanya saya sudah lupa itu semua. Dalam kata lain, dia menganggap saya melupakan asal diri, dan, barangkali melupakannya juga. Dia belajar di Universiti Malaya ~ masih selalu hendak balek, walau pun bukan waktu cuti. Saya tidak. Barangkali setahun payah sekali…

Nah, malam ini saya berdiri di sini kembali. Siapa sangka? Ikhtiar saya; mengumpul saudara-mara, kawan-kawan. Orang kenal saya; saudara semua tahu rumah saya; rumah pangkal kampong, dan siapa datuk-nenek mahupun darah keturunan saya... Dan, dalam apa juga keadaan, saya bangga dapat berdiri di hadapan ribuan manusia yang datang untuk mendengar. Saya ucap, terima kaseh. Saya terharu.

***
Sejarah adalah sejarah, tuan-tuan. Masa lepas, yang ada di dalam “ingatan,” atau orang di Jalan Telawi, Kuala Lumpur menyebutnya sebagai “romantisme,” barangkali. Kata itu pun selalu terkait maknanya sebagai “melankolik.” Memang, romantis boleh jatoh jadi melankoli; seperti banyak lagu-lagu Melayu klasik;

Tanjong Katon, airnya biru
Tempat mandi ‘nak dara jelita
Sama sa-kampong hai sedang di-rindu
Ini-kan lagi, hai jauh di mata
Tanjong Katon, airnya biru…

Saya mengingati lagu itu oleh emak yang selalu menyanyi. Di dapur. Kadang waktu dia melipat kain, dan di depan pintu rumah dengan angin jauh masok jadi kawan, lepas Asar. Di sana, ada seperti yang saya sebutkan tadi, “melankoli,” dan mungkin sahaja “romantisme.”

Teman-teman dan kekasehku ~ sungguh betolkah kita sepenohnya berpisah? Dengan “saya” yang “meninggalkan” dan “yang ditinggalkan”?

Cerita yang saya tahu ialah kisah “lembeng Awang pulang ke Dayang.” Atok perempuan ceritakan cerita ini satu masa dulu. Ia kisah seorang budak bujang; namanya Awang. Bertunang dia dengan gadis paling cantik dalam kampong; Dayang. Menjadi syarat atas tradisi Melayu, kata atok, untuk anak bujang keluar kampong. Merantau. Timba ilmu. Cari rezeki, dan nanti balek semula ke kampong, dan berumah-tangga dia. Awang keluar kampong selepas dia bertunang dengan Dayang. Betapa keduanya tentu berindu-dendam…

Seri Menanti kampung di hulu,
Hendak ku cari kain pelekat;
Takut nanti menanggung rindu,
Bulan yang jauh ku rasa dekat.

Awang memang balek, akhirnya. Dia tetap balek. Karena itu janji. Kalau lewat ~ lepas tarikh sampai, tapi bukan lewat, lewat sangat. Agaknya seminggu. Agaknya sebulan. Dayang gelisah. Menanti bulan jatuh ke riba. Dan, satu keputusan berat diambil keluarga, ditunangkan dan dikahwinkan dengan orang lain. Entah tua, entah muda, tak disebut. Takut Dayang lepas umur; seperti buah terlajak hari. Manis hilang, rupa pun tidak berseri lagi. Lalu, Dayang pun naik pelamin, entah rela, entah tidak, dia.

Saya tidak faham semua itu sebagai sebuah “bayangan,” karena masih terlalu mentah, waktu tujuh-lapan tahun umur saya masa atuk bercerita.

Hari Awang balek, sama dengan hari kerja di rumah Dayang. Awang yang turun dari pengkalan, terus bertanya, “mana tunangan aku? Mana Dayang?” Kalau saya di sana, saya sendiri belum tentu kuat menjawabnya. Tapi, ada yang berkata, “Dayang, dia di rumahnya. Hari ini ; hari nikahnya…”

Awang menggeletar badan, dada bak disambar petir... terbakar. Peloh titis dari dahi, dan kuyup badan, dan dia yang senyum di kapal, tadi, kini berkurang wajahnya. Awang benar-benar marah.

“Ini lembeng,” katanya, “antara tanda janji keluarga aku dengan keluarga Dayang. Ini lembeng; lembeng Dayang,” kata Awang. “Kalau kata tidak dikota; membujur lalu melintang patah!”

Tuan, tak siapa dapat menahan dia. Dengan lembeng di tangan, dia berlari sehabis tenaga ke rumah Dayang; mempelai di pelamin, tetamu penuh di tanah, daging seekor lembu masih ada yang belum bertanak lauk, orang di dapur masih sibuk. Awang ~ dia datang dengan 'dendam', atau barangkali dia juga merasakan maruahnya dicemar. Saya hanya membayangkan tentang apa kata hatinya, sewaktu Awang melangkah, berjalan-berlari-berjalan, ke rumah Dayang.

Agaknya kata Awang begini, “Aku carikan kau emas-perak; Aku buatkan kau masa depan; kalau balas dengan contengkan arang… Kekaseh, ini aku; aku Awang, datang!”

Di hujung tanah, di depan rumah yang riuh oleh kenduri dengan ghazal, Awang segera melontar lembengnya. Nama Dayang dia jeritkan sekuat-kuat batin. Menurut kisahnya, sembilan puloh sembilan nyawa orang kampung mati dimakan sekali terbang lembeng Awang. Lembeng itu berhikmat, sekali lepas, demi sumpah dan janji, akan terus melayang, menusuk, membunuh, menusuk, membunuh tak habisnya sampailah kembali kepada Tuan Ampunya. Lembeng seperti melutut-sembah; sampai ke riba Dayang, tanpa melukakan secalit pun. Pengantin lelaki; suami Dayang ‘yang lain’ itu juga sudah berlumur darah. Dia kemudiannya mati. Emak-abah Dayang turut terkorban. Ya, sembilan puloh sembilan nyawa melayang. Awang ; sebaik sahaja lembeng itu dia lepaskan, dia balek ke pengkalan. Tidak menoleh ke belakang lagi ~ suasana yang dalam. Tapi, apa lagi bisiknya? Yang aku sangkakan dia akan hanya berkata akan sayangnya, barangkali juga rindunya, kepada Dayang.

Teman-teman sekampong dan kekasehku,

Aku ceritakan semua ini kembali, selepas tiga belas tahun, kata orang, aku tinggalkan kampong. Kuala Lumpur, di zaman ini, barangkali tidaklah sejauh pengembaraan dan kepergian Awang dengan tongkang dan kapal ke serata pulau dan pelabuhan. Dan, bayangan atuk, bukan hanya kepada sebuah hikayat sahaja. Sudah bermain di kepalaku, akan setiap yang ada dalam cerita itu sebagai “bayangan,” dan kata “bayangan” kepada kawan-kawan di Jalan Telawi, barangkali disebut sebagai “simbolisme.” Bayangan: simbolisme ~ kita yang berdiri di hadapan masa lalu sesungguhnya tidak berdiri di hadapan masa lalu itu. Kita hanya berdiri, dan barangakali coba merenungi tanda-tanda dan segala bayangan yang mungkin boleh jadi petunjukan perjalanan tiap-tiap di antara kita hari ini, dari waktu ke waktu.

Aku tidak datang sebagai Awang sepenohnya. Barangkali kita masih percaya bahawa setiap kerja politik adalah perjuangan. Tetapi ia juga sesungguhnya adalah “maruah.” Dan, saya tidak menafikan bahawa begitulah asas makna dan kaitan paling dekat bagi keduanya itu; bagi politik-dengan-perjuangan.

Di sini, kita selalu bangga dan berbesar hati dengan nama Dato’ Onn Jaafar [allahyarham], atau Panglima Salleh yang kita kenal sebagai “Panglima Salleh selempang merah.” Barangkali juga Mat Indera ~ pejuangan melawan penjajah British; masuk hutan; kemudiannya mendapat bekalan senjata daripada Komunis, lalu, dia dituduh komunis. Kita juga tahu bagaimana ada yang sanggup membuboh buah kecubong di dalam air kopi Mat Indera di suatu malam di Seri Medan. Dia dan orang-orangnya kemabokkan. Lantaran kecubong yang hangus bersama kopi, yang diminum, membawa pengsan. Dan kala itulah datang polis British menangkap sang ‘komunis’. Dia diseksa di Balai Polis lama, Batu Pahat, beberapa ketika. Saya hanya merasakan, dia tidak kalah dalam apa juga keadaan. Dan Mat Indera kemudiannya diarah hukum gantong oleh British di negeri Perak.

Yang diberitahu kepada kita ialah, di hari Mat Indera hendak dibawa untuk digantong mati, seluruh orang-orang kampong keluar. Ke Balai Polis. Berhimpun. Beribu-ribu orang, dan kata “komunis” pun sudah tidak menjadi penting lagi ~ orang kenal, atas nama apa pun Mat Indera digelar atau dipanggil, dia tetap Muhammad Indera; lelaki yang tidak miskin; orangnya baik, lemah lembut, bahkan, dialah penghulu kepada setiap orang yang perlu dipayung dari ketakutan akan kekuasaan. Di mata masyarakat kala itu, Mat Indera adalah pahlawan. Adalah pejuang.

Karena itu, saya ingatkan agar jangan senang-senang mentafsir masa lalu; sehingga seolah-olah kita berdiri dalam masa lalu itu. Kita jangan lupa, Dato’ Onn yang selalu dibangga-banggakan oleh segelintir pemimpin Umno; nampaknya tidak lebih hanya menggunakan nama anak emas Batu Pahat ini untuk membakar sentimen di dada kita ~ di sudut lain, kata “hidup Melayu” pun jadi zikir untuk menakut-nakutkan saudara kita daripada bangsa lain. Kalau dalam kes di Batu Pahat, tentunya kepada orang Cina. Inilah cara politik paling keji, dan terhina dalam apa juga ugama dan tamadun sekalipun!

Memang Dato’ Onn pengasas Umno, tetapi kita harus ingat bahawa United Malay National Organization itu, kepada perjuangan menuntut kemerdekaan adalah “parti masyarakat.” Kala itu, anak bumi Malaysia atau warganegara dilabel dengan panggilan “orang Melayu.” Panggilan ini panggilan untuk semua. "Orang Melayu" merujuk semua “warganegara.” Oleh itu, perjuangan Dato’ Onn yang membela dan mahu mengangkat orang Melayu, sesungguhnya perjuangan untuk mengangkat seluruhnya masyarakat negara ini. Membela Warganegara.

Saya mahu sebutkan, di awal period kemerdekaan dahulu, ada debat dan pertembungan orang bijak-bijak untuk menyatakan bahawa semua orang yang lahir di Malaya adalah “orang Melayu.” Tidak kira samaada dia leluhur dan berdarah Jawa, Bugis, atau Cina, atau India… selagi lahirnya itu di bumi Malaya; dia adalah “Orang Melayu.”

Tuan-tuan jangan mudah dibakar api sentimen yang bukan-bukan, yang membuak-buak semata-mata karena nama “Melayu” itu hendak dikaitkan dengan ugama Islam. Ini samalah juga dengan kemustahilan untuk memastikan bahawa setiap bangsa Malaysia hari ini hanya menganut satu ugama sahaja. Propaganda kekuasaan sesungguhnya sudah mencecah ke matlamat yang tidak realistik dan mustahil. Tidak ada satu bangsa pun di muka dunia ini yang menganut satu ugama sahaja. Tidak ada. Oleh itu, mengapa kita mencabar lagi hukum yang begini besar; kalau bukan kata-kata itu hanya untuk memecah-belahkan masyarakat kita ~ berjabat, tapi curiga; antara Melayu-dengan-Cina, dengan-India. Akhirnya dengan sesama kaum sekalipun. Di sinilah tirani bermula...

Saya yakin, tidak dituntut Ugama untuk memaksa setiap masyarakat itu seratus peratus satu ugama ~ kesedaran palsu ini lebih kejam daripada semua ideologi ‘kesatuan’, samaada dari tangan Hitler sampailah kepada Moa Tzu Tung. Yang jauh lebih penting ialah memahami makhasyid dan inti Ugama; dengan menunjukkan yang baik, membuka kesedaran demi kesedaran, berbuat amal, tidak berlaku zalim, dan dengan cara itu, diri kita pun baik, nama ibu-bapa kita pun terjaga, nama negeri, nama bangsa, bahkan ugama juga terpelihara. Ugama adalah berasal dari Diri: bukan dari Masyarakat; apatah lagi organiasasi. Yang mengucap syahadah adalah diri...

Nescaya itu, ibu kepada semua kejahatan; kata emak kita, kata cikgu dan guru-guru kita; tidak lain tidak bukan adalah berdusta.

Saya sebutkan tadi ~ tidak menyedari maksud inti perjuangan Mat Indera, atau Panglima Salleh, bahkan tidak memahami maksud perjuangan Dato’ Onn, misalnya ~ akan menjadikan kita juga melakukan bohong, walau, tanpa kita sedar. Tetapi, sesiapa pun boleh lihat, para durjana yang bertenggek atas nama para pejuang tadi, misalnya, sesungguhkah mereka sedar akan inti masa lalu? Nampaknya, saban waktu, dengan jelas dan sengaja, mereka sasarkan masa lalu agar bersesuai dengan diri dan laku mereka hari ini. Agar, kononnya, antara Diri, yakni perakus kekuasaan itu-dengan-sejarah pejuangan masa lalu; adalah seiringan.

Saya kata tidak! Saya kata tidak karena Dato Onn tidak terlibat dengan segala bentuk korupsi mahupun merampas hak rakyat. Allahyarham tidak menjadikan perjuangan atas nama masyarakat untuk menjadi kaya-raya. Itu bukan Dato’ Onn. Itu perangai penjajah. Begitu juga dengan yang lain-lain. Mereka tidak terperangkap dalam permainan politik yang menyebabkan orang Melayu, orang India dan orang Cina menjadi hilang rasa yakin diri, dan takut. Menjadi takut kepada pemimpin tidak lain tidak bukan adalah kerja politik yang jijik. Dato’ Onn, Panglima Salleh, atau Mat Indera bukanlah anak bangsa kita yang, seperti harimau, bikin takut semua orang kepada mereka. Tetapi, pejuang-pejuang itu tetap dihormati. “Takut” dan “hormat” adalah umpama air dengan minyak tanah! Saya ulang dan tegaskan, kerja menakutkan, kerja menudukkan dan meninjak harga diri orang lain adalah kerja penjajah, dan, nampaknya, ada anak bangsa kita hari ini, tidak kurang laku mereka dengan tuan-tuan penjajah dahulu.

Demikian, yang membuboh buah kecubong juga bukan cara pejuang. Yang melempar fitnah dan gosip dan 'cakap' sembunyi tangan, bukan cara pejuang. Yang mendekatkan diri dengan nama para pejuang bangsa kita juga belum tentunya seorang pejuang…

Sebelum akhirnya, saya perlu ingatkan, sebagai anak yang pernah tertikam duri dan tajam buloh, yang penoh luka bermain tanah; semua yang di sini, jangan pula kita mudah terpanah dengan gelar-gelar orang besar, yang punya Doktor-PhD, atau pensyarah di universiti, atau Yang Berhormat, atau Intelektual, orang NGO, atau apa-apa juga. Itu bukan matlamat. Jangan terlalu rendah diri... Namun, dalam masa yang sama, bukan pula kesedaran itu bermakna untuk terus menjadikan kita yang di kampong-kampong, di pekan-pekan dan bandar kecil menjadi ‘keras’ kematu dan tidak berkembang daya akal-budi kita.

Lokaliti dan gelar bukan matlamat ~ tak penting samaada Muhammad itu “orang Mekkah” atau “orang Madinah”; Dia bawa Ugama yang membebaskan, dan menyambung risalah Nabi-nabi sebelumnya, tentang wujud Tuhan.
Tidak penting Awang itu orang Sungai Balang, orang Semerah, orang Simpang Lima, atau Peserai atau Parit Sulong, Seri Medan; orang Muar atau Batu Pahat. Tak penting apakah dia Telawi, atau apa. Satu-dua yang berkeras dengan tempat, apakah betol dia bercakap tentang idea dan ilham dan segala pura pemikiran? Walhal, yang penting adalah matlamat. Tuju. Janji. Sumpah. Ikrar. Semua itu. Sedang banyak sekali yang berdusta; seramai itulah juga "awang" yang akan gegas berlari dengan sejuta kata hatinya.

Betapa sungguh; sebatang nyawa adalah dengan masa tidak banyak mana.

Kawan-kawan sekampong dan kekasehku; senang sekali dapat berjumpa dan bercakap di sini, ini malam, di halaman kampong saya sendiri, sehingga penuh terang tanah. Alang-alang bertukang; biar sampai terbuang kayu. Dan, mana mungkin sepenohnya kita terpisah, tentunya.

Dan, tengah hari itu, Dayang menangis. Dia perempuan. Dia Menurut. Juga, dengan seluruh rasa bersalah, barangkali. Dia mungkin ada memanggil-manggil nama Awang. Dengan rasa paling dalam, di hatinya, dan, barangkali turut mahu meminta maaf, kepada yang jauh. Awang, sejak itu, tidak lagi nampak kelibat bayang. Kapal meninggalkan pelabuhan. Dan masa datang sekali ini, maka, sekali inilah, sebuah tugas yang orang panggilan “perjuangan” perlu ada di antara anak tanah ini untuk dikerjakan.

Yang saya dengar, kata pujangga; setinggi mana terbangnya bangau, hendak dicari belakang kerbau.

Sekian. Terima kaseh.

Hasmi Hashim,
16 Jun 2006 / 19 Jamadil Awal 1427
Batu Pahat, Johor.

39 Comments:

At 2:22 AM, Anonymous Anonymous said...

rindu gila tulisan kamu!!!

ta-wau

 
At 5:39 AM, Anonymous Anonymous said...

siapa ni?

 
At 6:17 AM, Anonymous Anonymous said...

lu ada sorang jak kawan dr tawau... Suddin Lappo

 
At 6:43 AM, Anonymous Anonymous said...

ooo... lain kali jgn tulis jawi. tulisan tu dah pupus

 
At 12:28 AM, Anonymous Anonymous said...

Lama sangat di kampung. ckp ari tu mau turun kl. apa buat? mau kawin ka? atau tgh blajor baling lembeng. hahaha

suddin lagi..

 
At 10:14 PM, Blogger dingin said...

orang bilang

awang itu bugis..
dan

bila dia bugis adalah sesutu yang agak sangsi jika dia pula berpantun Melayu

..

hehe

 
At 12:01 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam buat hasmi, salam perjuangan.

Akhirnya, kau kembali ke sini. Bersilat di gelanggang sendiri, terima kasih. Mungkin kau tahu atau mungkin kau TAK tahu, sudah lama dan ramai mereka yang menanti. Moga detik ini bermula segalanya, apa yang mereka impikan selama ini.

Kau pandai berkata, berhujah dengan fakta, kau orang politik. Sebab… kau memikirkan masa depan dengan ikhlas. Ikhlas itu tak boleh di jual beli, datangnya dari Allah.

Mungkin kau tahu, mungkin kau TAK tahu, sudah ramai pengikut kau, walau sekurang-kurangnya aku. Memahami apa yang cuba kau bawa, berfikir masa depan untuk anak-anak aku yang berlima.

Kau mungkin boleh mengenali aku… tapi itu tak penting.. yang lebih penting aku amat mengenali kau.. mengikuti perjuangan jalanan kau dari “infomasi maya” dari dulu yang sangat terhad, dari penulisan, dari keluhan, dari tugasan dan tegasan.

Mengapa aku perlu tulis semua ini, Sebab… kau perlu tahu apa yang kau buat bukan sia-sia.

Salam perjuangan
Bapa beranak lima, semerah

 
At 11:46 AM, Blogger kalam said...

Esok aku nak balik kampung...Naik bas. Benda yang semacam WAJIB di buat-Bila masuk Tangkak, aku mesti ambil masa nak "layan" tengok Gunung Ledang. Rasa syahdu semacam aje. Kau orang tak rasa ke? Aku rasa...

 
At 3:38 AM, Anonymous Anonymous said...

Bill nie saper? Aku nak balek Johor ari Sabtu nie, ada mesyuarat... Kasi no phone, kita jumpa saner!

 
At 8:15 AM, Blogger kalam said...

Aku dah nak balik KL semula ler...Cuti, dua malam aje...boleh ler...

 
At 5:51 PM, Anonymous ammar said...

Bila baca orasi ini, lantas teringat sajak Chairil bertajuk Siap-Sedia yang dia tujukan kepada angkatannya.

...
Kawan, kawan
Menepis segar angin terasa
Lalu menderu menyapu awan
Terus menembus surya cahaya
memancar pecar ke penjuru segala
Riang menggelombang sawah dan hutan

Segala menyala-nyala!
Segala menyala-nyala!

Kawan, kawan
Dan kita bangkit dengan kesedaran
Mencucuk menerang hingga belulang
Kawan, Kawan
Kita mengayun pedang ke Dunia Terang!

1944

 
At 4:10 PM, Blogger Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

 
At 12:41 PM, Blogger keADILan said...

Aku hendak ucap terima kaseh kepada kawan-kawan yang datang ke blog ini. Aku juga harap tulisan aku dapat ditelusuri dengan cukup bersabar, karena sedikit panjang, dan tidak seperti 'blog popular' yang lain.

Sekrang aku sibuk sikit, tapi aku tetap berusaha untuk membuat postting baru dari masa ke semasa.

Buddhi Hekayat

 
At 11:51 AM, Blogger kalam said...

Apa pendapat Parit Sulong tentang kumpulan Artikel 11 yang akan adakan Forum di JB? Setujukah, tak setujukah atau berkecuali?

Sebab bila saya surf blog2 di bawah,

http://dppnjohor.blogspot.com/
http://pemudapasjb.blogspot.com/

nampak ketara "benci"nya mereka pada kumpulan Artikel 11. Saya sebenarnya sangat2 berharap yang DPPNJ akan dapat menjadi Dewan Pemuda PAS pertama di negara ini yang dapat hadir ke Forum tersebut, bukan untuk berdemo atau berpiket bahkan turut sama berDIALOG dengan mereka. Kalau pun tidak di jemput pimpinan DPPNJ sebagai panelis forum, sekadar hadir sebagai peserta pun tidak mengapa! Jikalau hadir sebagai peserta pun boleh melontar idea dan pendapat, membangkang bahkan boleh bersetuju untuk sesetengah isu! Apa salahnya???

Tonjolkan yang PAS JOHOR/DPPNJ sebagai perkumpulan manusia yang rasional. Saya terpaksa menumpang blog ini untuk meluahkan rasa terkilan dengan sikap mereka. Masakan tidak. Jikalau dibaca artikel2 mereka. Saya dapat jangkakan di masa2 akan datang, mereka yang khilaf pendapat akan menjadi MUSUH!

BAGI SAYA, forum2 yang seperti ini sebenarnya boleh ditangani dengan BERHEMAH. Bukannya dengan menyinsing lengan bahkan menghunus pedang! Saya menaruh keyakinan pada PAS Johor, terutamanya Dewan Pemuda untuk bertindak KREATIF, berlainan dengan rakan2nya di tempat lain.

Apa pendapat Sdr Hasmi Hashim? Orang2 seperti anda dan rakan2 SANGAT2 diperlukan buat masa ini. Kalau di KL mungkin ada jalantelawi sebagai "safe zone". Tapi bila balik kampung macam mana? Sepatutnya perkumpulan seperti jalantelawi sepatutnya sudah ada di Johor, terutamanya di Bandaraya Johor Bahru. Harap2, fungsi "Open Dialogue Centre" bukan sekadar forum "sembang", tapi organisasi "buat"!

DAENG
Batu Pahat, Johor

 
At 9:03 AM, Blogger iEn said...

cantik entry kamu :D

 
At 4:00 PM, Blogger Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

 
At 8:51 PM, Blogger Amin Ahmad said...

Waa..Hasmi,

Aku dah tahu kenapa blog ini jarang diupdate..

Mungkin

1) Pidato bukan mudah
2) Pemidato yang hebat hanya sesekali keluar..supaya orang ternanti-nanti
3) Kau terpengaruh dengan cara buat wang dengan mudah..haha

 
At 8:32 AM, Blogger Salman Sulaiman said...

Hasmi,

Adakah kamu masih di Telawi atau sudah mahu kawin di kampung halaman? Menarik sekali catatanmu kali ini. Syahdu sekali kamu mencatatnya dari kampung halaman sendiri. Bukuku bersama Jimadie akan terbit hujung Ogos 2006 ini. Kami menanti catatanmu yang lain pula. Terima kasih.

 
At 11:15 PM, Anonymous Anonymous said...

terlalu lama menunggu...

 
At 10:38 PM, Anonymous Anonymous said...

Kawan-kawan,

Maaf kalau lambat up date. Aku tidak lupa. Cuma banyak komitmen menulis di tempat lain juga, tapi, kalau sempat, dalam ramadhan ini, tetap aku usahakan juga. Terima kaseh, sebab tunggu.

Hasmi Hashim

 
At 10:24 AM, Anonymous cbg6137 said...

alop brader..bilak nak post yang baru punya..?

 
At 5:10 AM, Anonymous Anonymous said...

A'kum

selamat berpuasa buat sdr hasmi, saya tahu sdr sibuk dengan tugasan lain. moganya dapat di uruskan dengan baik dan teratur.

dari,
sepupu, UK

 
At 1:54 AM, Blogger Amin Ahmad said...

apa kes ni Mi?

dah lama ni..hehe..kalau dpt sebulan sekali pun cukup Mi. kadang2 tak perlu orasi, sajak seperti sajak utk ibu tu cukup menyentuh sekali..

takkan la ko perlukan PA? hehe

 
At 11:22 PM, Anonymous saya_org_muo said...

jom org johor join forum untuk org johor
http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=137

 
At 4:49 AM, Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Musical pocket watches Can't receive or send fax Buy link s.newmail.ru tramadol Porsche dealers in atlanta http://www.phones-5.info/Answeringservice.html bill lumbergh answering machine Spring printable stationery Seattle area tennis league emerald http://www.tattoo-removal-dallas.info/Answering-services-greenbelt-maryland.html http://www.where-to-buy-vardenafil.info/Answering_machine_with_email_notification.html

 
At 2:02 PM, Anonymous pengetua said...

blog bagus, tapi dah beku. kalo blog ini selalu update, tentu dah lama keadilan menang. sayang!

dari,
pengetua blog-blog di malaysia

 
At 11:04 AM, Blogger abdullahjones said...

wow!

 
At 11:37 PM, Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! car amplifier repair location data+mail+raid+recovery Fuji smt equipment screen printer auto infiniti qx4 navigation Garris tv Car audio amplifier review universal cd changer remote Markel heaters chrysler pt cruiser radio2felectrical problems and solutions wedding invitations rsvp http://www.worst-plastic-surgery.info/carreceiveracdelcocdchanger.html middleby ovens Bmw540i sport http://www.sport-3.info/Metrik-car-amplifiers.html Rainbow car speakers and uk Champagne mother dress 2004 dodge neon srt 4 naked teens live cam

 
At 1:43 AM, Anonymous Anonymous said...

best regards, nice info video editing programs

 
At 10:17 AM, Anonymous Anonymous said...

What a great site Worlds largest male penis photo Direct rental car sales-preowned jackson ms Aftermarket pontiac parts Rosacea concealer Home mortgage refinancing fitchburg32 Dr gallagher rhinoplasty roulette casino game http://www.liposuction-9.info patio furniture headphones backpacks for kids lesbians Blackjack switch basic strategy Free to signup ppc video surveillance Australia national university

 
At 8:06 AM, Blogger yang.mati.akal said...

assalamualaikum.
"Ugama adalah berasal dari Diri: bukan dari Masyarakat; apatah lagi organiasasi. Yang mengucap syahadah adalah diri..."

tambah.abang setuju jika dipraktikkan sistem khalifah.agar satu kelompok masyarakat (muslim) dipertahankan hak mereka.

 
At 10:04 PM, Anonymous Zul kapan @ ujang said...

Yo bro,
patut la aku dah lama tak nampak ko kat kota besar kl ni...
apa ke he'nye ko buat kat kg tu..jom lepak minum beer kat alexis, telawi...

 
At 5:35 AM, Anonymous shenyeeaun said...

Salam Pencerahan

( shenyeeaun.disagees.net )

 
At 9:06 AM, Blogger FARREL said...

This comment has been removed by the author.

 
At 10:30 PM, Blogger barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

 
At 10:25 PM, Blogger umar_skyscooter said...

Aslkm,salam ziarah.erm nice blog.erm nak jmput tuan rumah atau sesape je ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,,,jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

 
At 6:23 AM, Anonymous LadyTuscany said...

Ya ampun, bila mau diupdate blog ini??
Tuan blog, saya sudah jatuh cinta amat dengan Awan Nano! Manis sekali karya gabungan Tuan dan M. Nasir itu!

 
At 5:16 PM, Anonymous Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can reveal that I agree with you, but you may be considering other options.
to the article there is stationary a question as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with delivery of this solicitation www.google.com/ie?as_q=blaze media pro 7.0 ?
I noticed the utter you have not used. Or you use the dreary methods of development of the resource. I have a week and do necheg

 
At 7:38 PM, Blogger sambakar said...

Pertama kali berkunjung ke blog ini, terkesan dengan hasil tulisannya dan tersenyum pabila nama awang dan lembeng disapa kerana beberapa waktu yang lalu, aku dan rakan-rakan lama mengimbau kenangan ditempat sendiri tentang awang,dayang dan lembengnya. Kami mengimbau bersama kerana itu peristiwa lama untuk kami bercerita kembali.

 

Post a Comment

<< Home